Malam Budaya Emas Sri Semantan tawar hadiah barang kemas

SHAH ALAM – Program Malam Budaya Emas Sri Semantan akan dianjurkan bersempena pembukaan Kedai Emas Sri Semantan cawangan keenam di Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, dengan pelbagai pengisian seni dan kebudayaan tradisional untuk masyarakat setempat.

Presiden MySinar, Mohd Fadzil Fairus Guriaman berkata, program berkenaan akan berlangsung pada Sabtu, 17 Januari bermula jam 8.30 malam bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurutnya, kemasukan ke program itu adalah percuma, namun pengunjung perlu mendaftar bagi melayakkan diri menerima nombor cabutan bertuah, dengan hadiah berupa barangan kemas disediakan kepada pemenang bertuah.

“Malam Budaya Emas Sri Semantan bukan sahaja dianjurkan sempena pembukaan cawangan baharu Kedai Emas Sri Semantan, malah bertujuan menghimpunkan masyarakat setempat melalui platform seni, budaya dan hiburan tradisional,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Baca Penuh